Anda di sini

Tun Juhar terima kunjungan hormat Duta Denmark ke Malaysia

Advertisement
JESPER (tengah) berbincang ​sesuatu ​dengan Tun Juhar (kanan)​.​
JESPER (tengah) berbincang ​sesuatu ​dengan Tun Juhar (kanan)​.​

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahirudin menerima kunjungan hormat daripada Duta Denmark ke Malaysia, Jesper Vahr di Istana Negeri, pagi Rabu.

Menurut ​Jesper​,​ ini adalah kunjungan hormat yang pertama dilakukannya kepada Tun Juhar selepas beliau dilantik menjadi duta di Malaysia.

"Kami membincangkan hubungan baik antara Denmark dan Malaysia serta bagaimana Denmark ​​
dapat menyumbang kepada negara ini.

"Selain itu, kami turut berkongsi mengenai pandangan rakyat Denmark terhadap tarikan yang terdapat di sini," katanya​​.

Tambah beliau, Denmark dan Malaysia mempunyai hubungan yang baik dan kedutaan Denmark telah dibuka sejak tahun 1963.-Penerangan.

Advertisement