Anda di sini

TM raikan penghuni Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah

Advertisement
Jafer bersama Faeuziah menyerahkan sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa di Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajjah Norkiah  di Batu 12, Kuching, Sarawak.
Jafer bersama Faeuziah menyerahkan sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa di Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajjah Norkiah di Batu 12, Kuching, Sarawak.
Faeuziah menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Faeuziah menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima.

KUCHING: Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) utamanya di Sarawak baru-baru ini bekerjasama menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Norkiah  di Batu 12, di sini.

NGO tersebut adalah Persatuan Isteri-Isteri dan Anggota Wanita TM (TIARANITA), Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) dan TM Club.

Seramai 86 kanak-kanak berumur antara 15 hingga 18 tahun  dan juga kakitangan di pusat  kanak-kanak terbabit telah diraikan di acara yang dihadiri oleh Pengurus Besar Negeri, TM Sarawak, Jafer Sadig Abdul Lathiff yang juga Presiden TM Club dan BAKIT Sarawak serta Presiden TIARANITA Sarawak, Faeuziah Mohamed bersama warga TM Sarawak.

Semasa lawatan itu, Jafer turut menyerahkan sumbangan wang tunai kepada kanak-kanak, sumbangan TM Sarawak dan derma daripada warga keluarga TM Sarawak yang mencerminkan matlamat lawatan untuk meraikan dan meringankan beban golongan kurang bernasib baik pada bulan suci Ramadan.

Semua tetamu disajikan dengan menu berbuka puasa diikuti solat maghrib berjemaah.

Menurut Jafer, "TM Sarawak, bersama NGO kami, gembira untuk berkongsi barakah Ramadan bersama mereka yang memerlukan bantuan.

"Acara ini menunjukkan sisi warga keluarga TM yang prihatin khususnya TM Sarawak dan kami berharap usaha ini akan menggalakkan lagi semangat kesyukuran di kalangan warga keluarga TM dan pada waktu yang sama, mengukuhkan hubungan dengan satu sama lain".

Dalam acara berasingan, tiga badan sukarela TM Sarawak itu melawat dan memberi sumbangan kepada ramai keluarga miskin sekitar Kuching untuk meringankan beban mereka terutamanya menjeklang Hari Raya.

Lawatan diketuai Faeuziah Mohamed bersama anggota NGO.

Aktiviti yang sama turut dijalankan oleh TM Sarawak di Sibu, Bintulu dan Miri dalam usaha mereka untuk menyumbang balik kepada masyarakat sempena Gawai Dayak dan Ramadan.

Selain itu, Jafer juga turut membahagikan sumbangan TM Sarawak kepada beberapa organisasi tempatan lain dan badan kebajikan.
 

Advertisement