Anda di sini

Terbalikkan pengagihan hasil minyak dan gas Sarawak

Advertisement
 Peter John mengetuai perhimpunan aman oleh penyokong SAS di Tebingan Kuching, semalam.
PERHIMPUNAN: Peter John mengetuai perhimpunan aman oleh penyokong SAS di Tebingan Kuching, semalam.

KUCHING: Kerajaan Sarawak harus menterbalikkan pengagihan hasil pendapatan daripada minyak dan gas negeri ini dengan kerajaan persekutuan, kata Pengasas Solidariti Anak Sarawak (SAS) Peter John Jaban.

“Masanya sudah tiba untuk menterbalikkan aliran iaitu Kerajaan Sarawak memberi kepada kerajaan persekutuan lima peratus daripada hasil pendapatan minyak dan menyimpan 95 peratus lagi untuk rakyat Sarawak.

“Ini adalah waktu bersejarah yang akan menentukan kedudukan Sarawak dalam Malaysia pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perhimpunan SAS di Tebingan Kuching di sini, semalam yang disertai kira-kira 300 penyokongnya untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Sarawak dalam perjuangan untuk mempertahankan pemilikan minyak dan gas Sarawak.

Ia baharu sahaja sebulan selepas Pakatan Harapan (PH) mencatat kemenangan yang mengejutkan pada pilihan raya, yang berkempen atas janji untuk memberi 20 peratus daripada hasil pendapatan minyak kepada wilayah-wilayah Borneo serta keadaan yang lebih adil bagi semua rakyat Malaysia.

Namun pada 4 Jun lalu, Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan mengenai Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.

Justeru, Peter John menyifatkan tidak kira apa pun perkara sebenar, tidak ada anak Sarawak yang akan percaya bahawa masa bagi tindakan undang-undang ini adalah kebetulan.

“Perdana menteri baharu boleh dakwa beliau tidak terlibat langsung dalam perkara ini, dan memilih untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan.

“Namun sebarang keputusan untuk melucutkan hak-hak wilayah-wilayah Borneo pasti melibatkan kerajaannya yang baharu,” katanya.

Beliau menambah, sekarang adalah waktunya Sarawak dan Sabah akan tahu sama ada mereka boleh menjangkakan sebarang keadilan sosial atau tidak dalam Malaysia dan kerajaan baharu PH akan menjadi teraju apabila waktu itu tiba nanti.

“Jangan silap - ini bukan mengenai masa silam, ini adalah mengenai masa depan,” tegasnya.

  • oleh
  • Advertisement