Anda di sini

Rumah mayat di Puetro Rico dipenuhi mayat tidak dituntut

Advertisement
 Seorang lelaki me-ngayuh basikal di hadapan kontena berhawa dingin mengandungi mayat tidak dituntut, diparkir di tempat letak kereta terbuka, bersebelahan Institut Forensik Puerto Rico di San Juan kelmarin. — Gambar AFP
PENUH: Seorang lelaki me-ngayuh basikal di hadapan kontena berhawa dingin mengandungi mayat tidak dituntut, diparkir di tempat letak kereta terbuka, bersebelahan Institut Forensik Puerto Rico di San Juan kelmarin. — Gambar AFP

SAN JUAN: Rumah mayat di Puerto Rico telah dipenuhi mayat yang tidak di-tuntut, kesan daripada pemotongan bajet di wilayah Amerika Syarikat (AS) itu  sejak Hurikan Maria melanda pada tahun lepas.

Mayat 307 orang itu sekarang disimpan di dalam rumah mayat dan empat kontena berhawa dingin di sebuah lot berhampiran, kata  pihak berkuasa.

“Situasi muncul akibat jumlah yang tinggi bagi kes tertunggak, kekurangan ruang dan kakitangan khusus memerlukan perhatian segera,” ahli perundangan Juan Oscar Morales Rodriguez menyatakan dalam Twitter  selepas memeriksa rumah mayat Jumaat lepas.

Ketua pejabat sains forensik Puerto Rico Monica Menendez telah memaklumkan bahawa rumah mayat kekurangan bilik dan 52 mayat yang belum dituntut terpaksa disimpan di dalam kotena berhawa dingin.

Beliau memaklumkan bahawa disebabkan oleh pengurangan bajet pihak pejabatnya telah kekura-ngan kakitangan khas bagi menguruskan timbunan kes sejak hurikan berlaku.

“Kami tidak pernah ber-ada dalam situasi sebegini sebelum ini dan kami tidak mahu untuk berada pada peringkat ini,” katanya.

Kiraan kematian rasmi akibat hurikan adalah 64, walaupun satu kajian baru-baru ini oleh Universiti Harvard dan Universiti Carlos Albizu di Puerto Rico meng-anggarkan terdapat 4,645 kematian berkaitan dengan hurikan, kebanyakannya dikaitkan dengan kejatuhan grid tiang elektrik.

Hurikan Maria melanda pulau itu pada 20 September sebagai ribut Kategori Empat yang menyebabkan kemusnahan besar. — AFP

Advertisement