Anda di sini

Orang ramai dialu-alukan cipta logo Hari Kebangsaan 2018

Advertisement
Foto Facebook Merdeka 360

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbangkan idea kreatif melalui ciptaan logo bersempena Hari Kebangsaan tahun ini. 

KKMM dalam kenyataan hari ini berkata logo yang terpilih akan digunakan sebagai logo rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2018 yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang berminat boleh menghantar logo ciptaan menerusi laman Facebook Merdeka 360 atau laman sesawang malaysiamerdeka.my dengan menyertakan nama, nombor telefon dan e-mel di kapsyen logo dan rasional logo tersebut.

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 7 Julai. 

Dalam pada itu, KKMM turut menggalakkan orang ramai untuk mengemukakan cadangan dan idea bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, dan cadangan tersebut boleh disalurkan ke laman Facebook dan laman sesawang berkenaan.

"Penyertaan orang ramai dalam ciptaan logo dan cadangan sambutan ini diharap dapat menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa bagi menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2018," katanya.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Urus Setia, Logo Sayangi Malaysiaku, Jabatan Penerangan Malaysia di talian 016-3585004 (Abdul Rahman Abdul Raof) atau 013-399 1200 (Aida Mustaffa) atau e-mel ke [email protected]. - BERNAMA

Advertisement