Anda di sini

Majlis Rumah Terbuka Wanita Warisan Beaufort Selasa depan

Advertisement
JOHAIR bersama jawatankuasa penganjur merakamkan gambar kenangan di perkarangan Pejabat Daerah Beaufort.
JOHAIR bersama jawatankuasa penganjur merakamkan gambar kenangan di perkarangan Pejabat Daerah Beaufort.

BEAUFORT : Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Wanita Warisan Parlimen Beaufort akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada 19 Jun, Selasa depan (Hari Raya kelima).

Ketua Wanita Warisan Beaufort Hajah Johair Matlani berkata, orang ramai dijemput hadir ke majlis rumah terbuka itu yang akan diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun bermula pada jam 2 hingga 6 petang.

Majlis tersebut dijangka akan dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew serta beberapa Kabinet menteri lain termasuk wakil rakyat.

"Rumah terbuka ini merupakan anjuran Wanita Warisan Parlimen Beaufort dengan kerjasama Pertubuhan Jaringan Usahawan Wanita Beaufort Sabah (Jasnita), " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Raya yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Beaufort, kelmarin.

"Ini adalah majlis sambutan hari raya yang julung kali diadakan oleh Parti Warisan di Parlimen Beaufort dan sehubungan dengan itu orang ramai adalah dipelawa hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

"Waktu berpolitik dan berkempen sudah berlalu, oleh itu ketepikanlah soal politik dan gunakan waktu perayaan ini untuk bersatu kembali.

"Majlis rumah terbuka ini adalah terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kedudukan, kaum dan agama oleh itu datanglah beramai-ramai pada majlis itu nanti, " katanya.

  • oleh
  • Advertisement