Anda di sini

Lukaku, Hazard pamer aksi memberangsangkan, bantu Belgium ‘ratah’ Costa Rica 4-1

Advertisement
  Hazard (kanan) berdepan tentangan sengit daripada dua pemain Costa Ricaketika beraksi pada perlawanan persediaan terakhir Belgium di Stadium King Baudouin, Brussels Isnin lepas. — Gambar AFP
KAWAL KETAT: Hazard (kanan) berdepan tentangan sengit daripada dua pemain Costa Ricaketika beraksi pada perlawanan persediaan terakhir Belgium di Stadium King Baudouin, Brussels Isnin lepas. — Gambar AFP

BRUSSELS, Belgium: Dua gol Romelu dan aksi memberangsangkan Eden Hazard menyaksikan Belgium menewaskan Costa Rica 4-1 pada perlawanan persediaan terakhir mereka ke Piala Dunia 2018 di sini Isnin lepas.

Tetapi penyokong Belgium pastinya gelisah melihat Hazard terhincut-hincut meninggalkan padang pada minit ke-70.

Rakan sepasukannya bagaimanapun kemudian mengenepikan kebimbangan tentang keseriusan kecederaan bintang kelab Chelsea itu.

“Saya tidak terlalu bimbang tentang Eden, beliau seorang yang lasak. Beliau sentiasa diasak tetapi beliau akan mengharunginya dengan baik,” kata Lukaku selepas perlawanan.

Belgium, yang dibimbing Roberto Martinez, ternyata terlalu kuat buat Cost Rica, yang memulakan perlawanan dengan memberangsangkan dan juga membuka jaringan menerusi gol Brian Ruiz selepas asakan awal.

Tetapi pasukan yang menewaskan Mesir 3-0 minggu lepas, dengan Hazard mempamerkan kecemerlangannya, mendahului 2-1 menjelang rehat hasil rembatan Dries Mertens dan Lukaku.

Lukaku, penyerang kelab Manchester United, menjaringkan gol kedua peribadi dengan satu tandukan kencang.

Beliau kemudian mengumpan bola kepada Michy Batshuayi untuk melengkapkan jaringan. — AFP

Advertisement