Anda di sini

Keluar BN demi hubungan dengan kerajaan pusat - Abdul Karim

Advertisement
Abdul Karim (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat lain bergambar dengan wakil-wakil media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak di BCCK, semalam.
Abdul Karim (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat lain bergambar dengan wakil-wakil media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak di BCCK, semalam.

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan empat parti komponen Sarawak keluar daripada Barisan Nasional (BN) sebagai satu perkembangan yang baik.

Dengan itu, katanya ia sedikit sebanyak akan dapat merapatkan lagi hubungan dan kerjasama dengan kerajaan pusat di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH).

"Sebagai sebuah negeri yang masih lagi memerlukan pembangunan yang banyak, kita tidak boleh tersingkir dan menjauhi diri daripada kerajaan pusat," katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Media anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Semalam, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mengumumkan keluar daripada BN.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika mengumumkan keputusan itu di ibu pejabat PBB, berkata keempat-empat parti akan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, GPS tidak akan menyertai gabungan bersama PH.
 

  • oleh
  • Advertisement