Anda di sini

Kabinet Malaysia: Baru sebagai Menteri Kerja, dua jawatan untuk GPS?

Advertisement
Baru Bian

 

KUCHING: Senarai 26 ahli Kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan didedahkan oleh sumber berkedudukan tinggi, telah diterbitkan oleh The Malaysian Insight pada hari ini.

Perkara yang menarik perhatian adalah ketiadaan nama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen yang sebelum ini disebut-sebut akan dilantik sebagai salah seorang menteri persekutuan.

Bagaimanapun pelantikan Naib Pengerusi PH Baru Bian sebagai Menteri Kerja Raya amat dialu-alukan, jika senarai tersebut benar. 

The Malaysian Insight memetik sumber sebagai berkata Baru dipilih untuk Kementerian Kerja Raya kerana beliau berada pada kedudukan yang baik untuk mengutamakan projek-projek di Borneo.

“Pakatan mahu kerja pembangunan diteruskan di Sarawak dan Sabah.

Infrastruktur yang mencukupi sudah dibina di semenanjung, dan Baru adalah orang terbaik untuk tugasan itu. Beliau tahu apa yang diperlukan," kata sumber itu, yang menambah dua nama lagi mungkin akan disenaraikan memandangkan Barisan Nasional Sarawak sudah tiada lagi dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dipercayai mesra PH. 

Mereka juga mungkin akan menyertai pakatan persekutuan (PH) pada peringkat nasional, dan calon-calon mereka akan ditawarkan untuk duduk dalam Kabinet Persekutuan," kata sumber berkenaan.

The Borneo Post dimaklumkan oleh sumber boleh dipercayai bahawa dua portfolio telah diperuntukkan khusus untuk GPS.

Nama-nama lain yang disebut dalam senarai The Malaysian Insight termasuk Teresa Kok (Wilayah Persekutuan), Yeoh Bee Yin (Tenaga, Teknologi dan Alam Sekitar), Dr Xavier Jayakumar (Air, Tanah dan Sumber Semula Jadi), Saifudin Nasution (Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna), Saifuddin Abdullah (Pendidikan Tinggi), Mujahid Yusof  (Hal Ehwal Luar), Khalid Samad (Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri),  Darell Leiking (Industri dan Perdagangan Antarabangsa), Mohamaddin Ketapi (Pelancongan), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Belia dan Sukan), Redzuan Yusof (Usahawan), VK Liew (Undang-undang) dan P. Waythamoorthy (Hal Ehwal Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri).

Advertisement