Anda di sini

Iraq berkas suspek bakar gudang undi

 Asap dilihat berkepul-kepul naik dari sebuah gudang di Baghdad pada 10 Jun, yang menempatkan ratusan kotak undi daripada pilihan raya pada 12 Mei lalu. — Gambar Reuters
TERBAKAR: Asap dilihat berkepul-kepul naik dari sebuah gudang di Baghdad pada 10 Jun, yang menempatkan ratusan kotak undi daripada pilihan raya pada 12 Mei lalu. — Gambar Reuters

BAGHDAD: Iraq kelmarin menahan tiga anggota polis dan seorang pekerja suruhanjaya pilihan raya selepas satu kebakaran yang memusnahkan sebuah gudang di mana undi daripada pilihan raya perundangan pada Mei lepas telah disimpan, kata pihak berkuasa.

Pejabat pendakwa raya di Al-Russafa, sebuah daerah di timur Baghdad, “menahan empat orang disyaki terlibat dalam pembakaran secara sengaja di suruhanjaya pilihan raya”, kata jurucakap Majlis Kehakiman Agung Abdel Sattar  Bayraqdar dalam satu kenyataan.

“Tiga daripada mereka adalah anggota polis dan  seorang lagi adalah seorang pekerja di suruhanjaya pilihan raya,” tambahnya.

Berita mengenai tangkapan muncul selepas Menteri Dalam Negeri Iraq Qassem al-Araji berkata “tidak ada kecurigaan bahawa kebakaran adalah akibat tindakan yang disengajakan”.

Kebakaran berlaku pada Ahad sebelum pengiraan semula undi akibat tuduhan penipuan semasa pilihan raya yang menyaksikan kemenangan mengejut seorang ulama populis dan pengundi Iraq menjatuhkan pemimpin lama.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran beberapa jam kemudian selepas ia berlaku di gudang di Al-Russafa.

Kira-kira 60 peratus daripada dua juta pengundi di Baghdad telah mengundi dalam pilihan raya pada 12 Mei di daerah tersebut.

Tahap kerosakan kotak undi masih belum jelas namun beberapa pegawai membayangkan kebanyakannya telah diselamatkan.

Pada Ahad lepas seorang wartawan AFP melihat kakitangan gudang berlari keluar dari bangunan ketika asap berkepul-kepul naik, membawa kota undi biru dan putih ke tempat selamat.

“Bahan pilihan raya, termasuk kotak undi, terbakar namun kebanyakan kotak undi telah disimpan di dalam bangunan lain dan telah disimpan dengan baik,” kata jurucakap kementerian dalam negeri Jeneral Saad Maan pada Ahad lepas.

Kebakaran berlaku ketika sembilan hakim dilantik bagi menyelia pengiraan semula undi secara manual diarahkan oleh parlimen lama Iraq.

Badan perundangan pada Rabu lepas turut memecat sembilan anggota suruhanjaya bebas yang mengawasi pilihan raya.

Pilihan raya telah dime-nangi ulama populis Syiah Moqtada Sadr daripada pakatan pilihan raya dengan komunis, ketika ahli politik selama ini ditolak oleh peng-undi Iraq yang mengharapkan perubahan di sebuah negara yang dibayangi konflik dan rasuah.

Namun keputusan itu di-pertikaikan selepas tuduhan penipuan oleh ahli politik veteran diketuai speaker parlimen Salim al-Juburi. — AFP