Anda di sini

Filem Tamil tempatan ditayangkan di pawagam Singapura dan Sri Lanka

Advertisement

FILEM Tamil tempatan, ‘Vedigundu Pasangge’ (Penumpang Bom) akan memasuki pawagam Malaysia, Singapura dan Sri Lanka secara serentak pada 26 Julai depan.

Menurut penerbitnya Debes Kumar, filem itu merupakan sekuel kepada dua filem sebelumnya yang diterbitkan pada 2014 dan 2011.

“Filem ini yang menelan belanja RM1.5 juta mengambil masa dua tahun untuk disiapkan merupakan usaha kami untuk mengembangkan filem tempatan menerusi adunan elemen tempatan dan global untuk pergi lebih jauh,” katanya kepada Bernama.

Perbincangan juga sedang diadakan dengan kumpulan tertentu bagi membolehkan filem ini ditayangkan di United Kingdom bulan hadapan.

Denes, 36, yang merupakan pelakon utama berkata filem ini berkisar kepada kes jenayah di Malaysia terutamanya yang melibatkan masyarakat India di Malaysia.

“Ia juga akan memaparkan unsur sinis dan komedi kepada penonton dengan sentuhan romantik jarak jauh,” tambah beliau.

Denes berkata filem terbitan Veedu Production itu, mempunyai 150 pelakon gabungan bakat tempatan dan India termask Teejay Arunachalam, Shakthisree Gopalan, Sathyaprakash Dharmar, Datin Seri Shaila Nair dan Balan Kashmir.

Bintang ‘Adiwiraku’ Sangeeta Krishnasamy dan bintang ‘Ola Bola’ Sarankumar Manokaran turut membintangi filem itu.

Filem diarah oleh Dr Vimala Perumal manakala Muzik digubah oleh dua pengarah muzik terkenal dari India iaitu Vivek Siva dan Mervin Solomon.

— Bernama

Advertisement