Anda di sini

Dua wanita didenda RM2,000 miliki 146 helai loteri haram

Advertisement
 


KOTA KINABALU: Dua wanita tempatan dikenakan denda sebanyak RM2,000 kerana memiliki 146 helai kertas tercatat nombor loteri haram.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhkan hukuman itu masing-masing terhadap Famela Marginim, 27, dan Geryenna Guni, 24, selepas kedua-duanya mengaku salah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada 23 Julai tahun lalu jam 4.30 petang, di Body Phone, Donggongon New Town Ship, Jalan Penampang.

Namun jika gagal membayar denda berkenaan, Cindy mengarahkan penjara selama tempoh tiga bulan dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

  • oleh
  • Advertisement