Anda di sini

Chong enggan ulas 'senarai kabinet'

Advertisement
 

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen hari ini enggan mengulas laporan sebuah portal berita berhubung barisan kabinet persekutuan.

Katanya, beliau tidak akan menjawab soalan hipotesis atau bayangan apabila ditanya mengenai laporan The Malaysia Insight bertajuk 'This is Dr Mahathir's full cabinet'.

"Kamu (pemberita) tanya The Malaysian Insight (sama ada ia betul atau palsu)...Kamu tidak boleh meminta saya mengesahkan laporan ini. Saya bukannya editor mahupun pemberita The Malaysia Insight," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini.

Portal berita itu memetik sumber sebagai berkata, senarai 26 kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik.

Dalam senarai itu turut menyenaraikan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian sebagai Menteri Kerja Raya tetapi nama Chong tidak disenaraikan.

"Apa sahaja berkaitan pelantikan menteri, kami perlu bertanya kepada perdana menteri kerana itu prerogatifnya dan pengumuman akan dibuat bila masa beliau merasakannya sesuai," ujarnya.

Ditanya sama ada beliau ada menerima surat pelantikan sebagai menteri kabiner Persekutuan, Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata, tiada menerima surat berkenaan.

"Saya tidak merima surat tetapi pelantikan itu tidak bergantung sama ada saya menerima surat atau tidak.

"Itu soalan yang hipotetikal dan kami tidak boleh menjawap soalan seperti itu...Pengumuman akan dibuat oleh perdana nanti apabila beliau merasakan masanya sesuai," tegasnya.
 

Advertisement