Anda di sini

APMM tahan lima warga asing ceroboh sempadan perairan

Advertisement

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan bot nelayan asing yang menceroboh masuk ke sempadan perairan negara petang Selasa.

Pengarah Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata turut ditahan lima lelaki termasuk seorang nahkoda kira-kira jam 6 petang semasa Ops Pagar Laut dijalankan.

ADAM menunjukkan lokasi nelayan asing ditahan di dalam peta Sabah.
ADAM menunjukkan lokasi nelayan asing ditahan di dalam peta Sabah.

“Semasa menjalankan rondaan Kapal Peronda Maritim mengesan beberapa buah bot nelayan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di sempadan dan salah satu daripadanya berjaya ditahan di 46 Batu Nautika barat laut Pulau Mantanani,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Kapal Maritim (KM) Arau pada Rabu.

Adam berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat awak-awak dan seorang nahkoda kapal warga Vietnam di dalam bot berumur 30 hingga 35 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sah.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bot turut mendapati beberapa peralatan menangkap ikan termasuk rawai sotong,” katanya.

Tambahnya pihaknya turut merampas tangkapan ikan dan sotong seberat kira-kira 30 kilo.

Beliau berkata kesemua suspek dan barangan rampasan dibawa ke Jeti APMM Kota Kinabalu untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985.

ADAM berjumpa dengan tangkapan nelayan warga Vietnam di atas bot nelayan asing terbabit.
ADAM berjumpa dengan tangkapan nelayan warga Vietnam di atas bot nelayan asing terbabit.

“Sepanjang tempoh 2013 sehingga kini kita berjaya menahan 30 bot nelayan asing dan 19 daripadanya adalah bot nelayan Vietnam.

“Operasi seumpama akan diteruskan walaupun sepanjang musim perayaan berikutan Ops Pagar Laut akan dilaksanakan sehingga tempoh dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau juga mengingatkan warga maritim agar sentiasa melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan di laut selain memastikan kapal dan bot sentiasa berada dalam keadaan baik semasa turun ke laut.

  • oleh
  • Advertisement