Anda di sini

Siasat status OC semua bangunan sekolah konkrit Parlimen Kalabakan

Advertisement

TAWAU: Pihak berwajib digesa menyiasat dan memeriksa semula status Sijil Menduduki (OC) semua premis bangunan konkrit sekolah menengah dan rendah di Parlimen Kalabakan.

Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman membuat gesaan terbabit berikutan wujud dakwaan mengatakan kononnya rata-rata sekolah bangunan konkrit di parlimen itu tidak ada OC.

MA’MUN ditemuramah pemberita selepas menghadiri majlis pengagihan bubur di Kg Pasir Putih, Jalan Sin San, Tawau.
MA’MUN ditemuramah pemberita selepas menghadiri majlis pengagihan bubur di Kg Pasir Putih, Jalan Sin San, Tawau.

"Memanglah salah satu kerungsingan kita, aspek keselamatan dan risiko yang ada kerana difahamkan wujud kes bangunan sudah diduduki pelajar tetapi belum mempunyai OC," katanya.

Ma'mun berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pengagihan bubur sempena program mesra rakyat di Kg Pasir Putih, Jalan Sin San, di sini pada Selasa.

Menurutnya, Majlis Perbandaran Tawau, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia perlu mengambil tindakan wajar dan segera sebelum ada hal tidak diingini berlaku.

WIRA Warisan Kalabakan dan warga belia Kg Pasir Putih merakamkan foto bersama Ma'mun.
WIRA Warisan Kalabakan dan warga belia Kg Pasir Putih merakamkan foto bersama Ma'mun.

Mengulangi gesaannya sebelum ini, beliau berharap bangunan-bangunan sekolah berasaskan papan atau kayu di Parlimen Kalabakan dapat diganti dengan bangunan konkrit.

"Dalam lawatan saya ke sekolah-sekolah di parlimen ini, didapati masih banyak bangunan papan bukannya konkrit," katanya, sambil menyifatkan penting untuk Sabah mendapatkan autonominya dalam pendidikan.

  • oleh
  • Advertisement