Anda di sini

Penduduk Batandok, Gadong terima Kit Ramadan PPIB, UMS

Advertisement
SIMBOLIK penyerahan sumbangan Karib kepada Dekan PPIB, UMS.
SIMBOLIK penyerahan sumbangan Karib kepada Dekan PPIB, UMS.

BEAUFORT: Penduduk Kg Bantadok, Gadong di sini menjadi satu daripada dua lokasi khidmat masyarakat Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) tahun ini untuk menyampaikan ‘Kit Ramadan’ kepada penduduk yang perlu dibantu.

Penyelaras program, Nelson Adeh berkata khidmat masyarakat itu dianjurkan oleh Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Libatsama PPIB (Karib) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang disempurnakan penyerahannya oleh Dekan PPIB Prof Madya Dr Jualang Azlan Gansau.

“Majlis penyerahan sumbangan berupa Kit Ramadan disampaikan oleh Dr Jualang dalam rangka menziarahi golongan asnaf, orang sakit, fakir miskin dan ibu tunggal,” katanya.

SUMBANGAN kepada penduduk Kg. Batandok disampaikan Dr Jualang.
SUMBANGAN kepada penduduk Kg. Batandok disampaikan Dr Jualang.

Selain penyerahan sumbangan, rombongan juga mengadakan Tazkirah Ramadan yang disampaikan pensyarah Titas PPIB Dr Syamsul Azizul, melawat orang sakit dan berbuka puasa bersama penduduk Kg Batandok.

Menurut Nelson, program tahunan itu merupakan kali empat diadakan yang mana sebelum ini ziarah diadakan untuk menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal yang terlibat kebakaran di Kg Bongkud, Ranau dan juga kepada asrama SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang yang terlibat kebakaran.

Sementara itu, Pengerusi Karib Budi Anto Mohd. Tamring mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang sehingga program itu dapat dijalankan dengan jayanya.

ROMBONGAN PPIB UMS bersama penduduk Kg. Batandok, Gadong, Beaufort.
ROMBONGAN PPIB UMS bersama penduduk Kg. Batandok, Gadong, Beaufort.
  • oleh
  • Advertisement