Anda di sini

Ceroboh rumah, lelaki kena penjara dua tahun

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah milik seorang lelaki, dikenakan penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhkan hukuman itu terhadap Ong Vui Ming, 43, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara selama tempoh tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000.

Tertuduh menceroboh rumah mangsa yang berusia 48 tahun, pada 8 Januari 2017 jam 5.30 pagi di sebuah rumah, Kampung Dungis, daerah Penampang.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga asing berusia 39 tahun, dikenakan penjara setahun kerana mencederakan jirannya.

Lubur Melboy Gery dijatuhkan hukuman itu selepas mengekalkan pengakuan salahnya, yang mana pada Selasa untuk laporan perubatan mangsa.

Tertuduh mencederakan seorang wanita berusia 27 tahun,  pada 8 April jam 2.50 petang, di sebuah rumah kedai, Taman Jumbo, Petagas.

Untuk itu, Lubur didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, penjara selama setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duannya.

  • oleh
  • Advertisement