Anda di sini

Sedikit sumbangan ringankan bebanan

Advertisement

176 golongan asnaf sekitar Kg. Pasir Putih terima bantuan
 

PUTATAN:  Seramai 176 golongan asnaf, ibu tunggal, warga emas dan anak-anak yatim sekitar Kariah Masjid Nurul Iman, Kampung (Kg) Pasir Putih Putatan diraikan dalam Majlis Penyampaian Bantuan kepada Golongan Asnaf dan Majlis Berbuka Puasa, di sini pada Ahad.

Majlis anjuran untuk tahun ketiga Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih Putatan berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen P.173 Putatan, Awang Husaini Datuk Sahari.

AWANG Husaini (tiga kiri), dan Mohd. Dahali (tiga kanan) bersama Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih di majlis itu.
AWANG Husaini (tiga kiri), dan Mohd. Dahali (tiga kanan) bersama Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih di majlis itu.

Awang Husaini dalam ucapan alu-aluannya memuji usaha murni Jawatankuasa Masjid Nurul Iman yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd. Dahali Haji Matsin yang begitu komited pada setiap tahun untuk mengambil peduli, mengambil keprihatinan terhadap nasib golongan asnaf, ibu tunggal, anak-anak yatim dan warga emas yang terdapat di sekitar Kg. Pasir Putih, Putatan berkenaan.

Katanya, dengan penganjuran Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Golongan Asnaf dan Majlis Berbuka Puasa  seumpama ini berupaya menceriakan golongan ini, walaupun hanya setahun sekali, lebih-lebih lagi menjelangnya Syawal yang tidak lama lagi.

MOHD Dahali (dua kanan) bersama Awang Husaini menyampaikan bantuan kepada seorang warga emas OKU. 3. AWANG Husaini dan Mohd. Dahali menyampaikan bantuan kepada penerima di majlis itu.
MOHD Dahali (dua kanan) bersama Awang Husaini menyampaikan bantuan kepada seorang warga emas OKU.

"Diharap bantuan yang disampaikan akan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan golongan ini dalam menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma," tegasnya.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Datuk Mohd. Dahali Haji Matsin dalam ucapannya berkata, penyampaian bantuan untuk golongan asnaf dan majlis berbuka puasa merupakan acara tahunan dan telah masuk tahun yang ketiga program masjid berkenaan pada tahun ini.

MOHD Dahali (dua kanan) bersama Awang Husaini menyampaikan bantuan kepada seorang warga emas OKU. 3. AWANG Husaini dan Mohd. Dahali menyampaikan bantuan kepada penerima di majlis itu.
AWANG Husaini dan Mohd. Dahali menyampaikan bantuan kepada penerima di majlis itu.

Katanya, pada tahun ini kita akan menyampaikan bantuan kepada seramai 176 orang penerima yang terdiri daripada golonga ibu tunggal 89 orang, anak yatim 63 dan warga emas 24 orang.

"Ini melibatkan kewangan lebih RM14,000 di mana duit ini adalah hasil daripada sumbangan para jemaah Masjid Nurul Iman.  Terima kasih kepada semua penyumbang semoga dapat keberkatan daripada Allah SWT, InshaAllah.

MERAKAMKAN album kenangan bersama jemaah yang hadir.
MERAKAMKAN album kenangan bersama jemaah yang hadir.

"Walaupun mungkin bantuan ini tidaklah sebesar mana, tapi sekurang-kurangnya ianya sedikit sebanyak menunjukkan keprihatinan kita kepada golongan-golongan yang memerlukan," tegasnya.

Selain itu katanya, kita juga mengadakan majlis berbuka puasa dengan harapan majlis ini bukan sekadar berbuka puasa, tetapi dapat merapatkan semangat ukhuwah di kalangan kita.

Pada majlis itu Mohd. Dahali mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Datuk Sahari kerana sudi melapangkan masa menghadiri majlis itu.

SEBAHAGIAN penerima bantuan.
SEBAHAGIAN penerima bantuan.

Beliau berharap gandingan dua pemimpin Islam iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Petagas)Uda Sulai dan Ahli Parlimen P.173 Putatan Awang Husaini Datuk Sahari berkenaan berupaya memberikan sinar harapan baharu kepada masyarakat di Putatan dan Petagas khasnya.

"Saya berharap juga dengan kehadiran dua pemimpin baharu ini akan dapat merealisasikan impian Jawatankuasa Masjid Nurul Iman ini untuk memiliki sebuah masjid baharu atau sekurang kurangnya melakukan perubahan naiktaraf terhadap Masjid Nurul Iman yang sudah berumur ini," tegasnya.

Beliau berkata akan memberikan sokongan segala apa aktiviti atau perancangan yang akan dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Putatan berkenaan di sini demi kesejahteraan keseluruhan masyarakat di kampung ini.

SEBAHAGIAN jemaah yang hadir menunggu masa untuk berbuka puasa di majlis itu.
SEBAHAGIAN jemaah yang hadir menunggu masa untuk berbuka puasa di majlis itu.
  • oleh
  • Advertisement