Anda di sini

Dr Mahathir suarakan projek kereta nasional baharu pada Persidangan Tokyo

Advertisement
Dr Mahathir berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia (Nikkei) ke-24 hari ini. - Foto BERNAMA

TOKYO: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan hasratnya untuk memulakan projek kereta nasional baharu.

Dr Mahathir berkata berkata Proton yang beliau lancarkan, bukan lagi kereta nasional.

 "Cita-cita saya adalah untuk memulakan kereta nasional (baharu) besama rakan usaha sama di rantau ini,” katanya dengan menyebut negara seperti Jepun, China, Korea Selatan dan Thailand.

Bercakap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei ke-24, di sini pada Isnin, Dr Mahathir berkata negara-negara berkenaan mampu mengeluarkan kereta berkualiti dan kereta yang boleh dipasarkan.

"Kami mahu mengakses pasaran dunia (menerusi projek baharu kereta berkenaan,” katanya.

Dr Mahathir kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Jepun. - BERNAMA        
 

Advertisement