Anda di sini

Awang Husaini tinjau Tamu Putatan

Advertisement
AWANG Husaini (tiga kiri) berbincang sesuatu dengan Awang Saifuddin (dua kiri) ketika meninjau di Tamu Putatan pada Ahad.
AWANG Husaini (tiga kiri) berbincang sesuatu dengan Awang Saifuddin (dua kiri) ketika meninjau di Tamu Putatan pada Ahad.

TURUN PADANG: Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Datuk  Sahari  ditemani oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan Awang Saifuddin Haji Jumat pada Ahad turun padang dan sekaligus melihat secara dekat masalah-masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga tempatan di kawasan Tamu Putatan.

Beliau mencadangkan agar satu dialog khusus diadakan di antara peniaga-peniaga yang ada di Tamu Putatan bagi mencari solusi dan juga kata sepakat daripada semua peniaga.

Antara lain, Awang Husaini  menyokong penuh usaha para peniaga untuk saling bersaing secara sihat dan yang terpenting adalah para peniaga perlulah mematuhi garis panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Putatan.

Husaini (dua kanan) dan Awang Saifuddin (tiga kanan) meninjau Pasar Ikan di Tamu Putatan.
AWANG Husaini (dua kanan) dan Awang Saifuddin (tiga kanan) meninjau Pasar Ikan di Tamu Putatan.
  • oleh
  • Advertisement