Anda di sini

Peniaga wajib patuhi Skim Kawalan Harga Maksimum

Advertisement

LAHAD DATU: Peniaga diingatkan agar sentiasa mematuhi arahan penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Maksimum Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018 yang akan disambut minggu ini.

Menurut Ketua Cawangan Daerah Lahad Datu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Rino Hisham Abu Bakar, skim itu berkuatkuasa selama 15 hari bermula 8 Jun hingga 22 Jun, iaitu tujuh hari sebelum dan selepas perayaan.

RINO
RINO

Katanya, setiap peniaga wajib meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi 22 barangan iaitu ayam hidup, ayam super, ayam standard, daging (India) tempatan, daging lembu yang diimport, daging kerbau import, telur gred A, B and C.

Selain itu cili merah, tomato, kubis bulat import, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah, bawang putih, bawang besar import, ubi kentang import.

Turut tersenarai ikan iaitu ikan kembung/mabung, selayang, tongkol, demudok/sagai/ cermin/ cupak.

"Peniaga yang tidak mematuhi arahan ini boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti jika sabit kesalahan," katanya.

Bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pula boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

RINO (dua dari kiri) sedang meneliti tanda harga barangan kentang.
RINO (dua dari kiri) sedang meneliti tanda harga barangan kentang.

Mengulas lanjut selepas melancarkan skim itu di salah sebuah pasaraya di sini, pada Jumaat beliau berkata, statistik terkini Operasi Catut 4.0 Cawangan  Lahad Datu  mencatatkan 1,150 barangan di 37 premis telah diperiksa sekitar daerah bermula 1 Jun 2018.

Rino menambah pengguna yang mempunyai sebarang aduan boleh menghubungi 089-886090 atau mendapatkan maklumat lanjut di http://eaduan.kpdnkk.gov.my

  • oleh
  • Advertisement