Anda di sini

Jenifer lawat mangsa kebakaran

Advertisement
JENIFER (tengah) merakamkan gambar kenangan ketika mengadakan lawatan ke rumah mangsa kebakaran itu.
JENIFER (tengah) merakamkan gambar kenangan ketika mengadakan lawatan ke rumah mangsa kebakaran itu.

PENAMPANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog Jenifer Lasimbang menziarahi  keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pinapah, Kondis di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, Jenifer meluangkan masa kira-kira dua jam bertemu dengan keluarga mangsa di samping meninjau tapak kediaman Stanley Richard yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku pada 27 Mei lalu pada jam 7 pagi.

Jenifer berkata, beliau akan membantu keluarga berkenaan untuk mendapatkan tempat perlindungan yang sesuai.

“Kita amat bersimpati dengan keluarga berkenaan, dengan nasib malang yang menimpa mereka serta anak yang masih kecil,”katanya ketika ditemui dalam lawatan itu.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi itu berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan sebuah rumah yang baharu kepada keluarga mangsa agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Katanya, usaha untuk membantu keluarga terbabit akan dilaksanakan secepat mungkin untuk meringankan beban yang dialami.

Sementara itu, Stanley Richard, 40,  melahirkan rasa bersyukur apabila nasib mereka mendapat perhatian daripada pemimpin kerajaan baharu.

“Saya bersyukur sangat kerana nasib saya bersama keluarga terbela atas keprihatinan pemimpin seperti Jenifer yang mengambil berat tentang masalah rakyatnya,”katanya.

Menurutnya, mereka kini menumpang di rumah saudara yang berdekatan dan mengharapkan agar rumah baharu mereka segera dibina.

  • oleh
  • Advertisement