Anda di sini

Bantu kerajaan baharu laksana misi dan visi bina negara

Advertisement

TENOM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar mengajak rakyat khususnya kawasan DUN Kemabong agar terus bersama-sama dengan penjawat awam menyokong dan membantu kerajaan baharu melaksanakan misi dan visi membina negara.

Katanya, ini kerana kerajaan tidak akan wujud malah sukar berfungsi dengan baik tanpa kerjasama dan sokongan pegawai kerajaan dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat melalui pilihan raya.

JAMAWI (tengah) bersama ADO Kemabong mengabadikan gambar kenangan sempena majlis tersebut.
JAMAWI (tengah) bersama ADO Kemabong mengabadikan gambar kenangan sempena majlis tersebut.

"Sebagai wakil rakyat yang diberikan amanah oleh rakyat, sudah tentu saya mengutamakan kepentingan rakyat di kawasan ini terutamanya dari aspek pembangunan dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai-Pegawai Kerajaan, di Pejabat Daerah Kecil Kemabong, di sini.

Beliau turut berjanji akan menemui semua pemimpin masyarakat untuk menjelaskan hala tuju kerajaan baharu iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PWS-PH).

Sementara itu, program pada Sabtu, Jamawi mengagih-agihkan bubur lambuk kepada para pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan di kawasan DUN Kemabong sambil mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi.

JAMAWI mengagih-agihkan bubur lambuk kepada para pemandu kenderaan.
JAMAWI mengagih-agihkan bubur lambuk kepada para pemandu kenderaan.

Beliau turut mengambil kesempatan menyampaikan jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Sri Ontoros pada 23 Jun 2018 bermula jam 11 pagi hingga jam 3 petang.

Selain itu, Jamawi memberi nasihat kepada para pemandu agar berhati-hati ketika berada di jalanraya sempena menjelangnya perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan memandu lebih berhemah dan memastikan kenderaan yang digunakan berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan.

Advertisement