Anda di sini

37 kakitangan Ko-Nelayan hadiri ceramah motivasi

Advertisement
JUMAT (kiri) menerima cenderahati daripada Yusof (tengah) sambil disaksikan oleh Salleh (kanan) pada program berkenaan.
JUMAT (kiri) menerima cenderahati daripada Yusof (tengah) sambil disaksikan oleh Salleh (kanan) pada program berkenaan.

KOTA KINABALU: Seramai 37 kakitangan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) menghadiri ceramah motivasi anjuran koperasi itu sendiri yang berlangsung di Wisma Pertanian.

Ceramah yang diadakan selama tiga jam bermula 9 pagi itu adalah anjuran bersama dengan Badan Kebajikan Islam (Bakik).

Bertemakan 'Tanggungjawab Kakitangan Awam dalam perspektif Islam', kuliah itu bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai peranan sebenar kakitangan awam dari sudut pandangan Islam.

Ia juga sekaligus merangsang pekerja awam untuk melaksanakan tugas mereka selaras dengan ajaran Islam.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) Ustaz Jumat Abdul Razak dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan Yusof Ag Besar dan Yang Dipertua Bakik Salleh Obong.

.PESERTA ceramah merakam gambar bersama tetamu kehormat setelah selesainya sesi ceramah.
PESERTA ceramah merakam gambar bersama tetamu kehormat setelah selesainya sesi ceramah.
  • oleh
  • Advertisement