Anda di sini

Nabil Ahmad pertaruh bakat mengarah dengan FTV bergenre komedi seram

Advertisement
 Barisan pelakon dan penerbitan The Hantus bersama Sharmin Parameswaran dari Astro. — Gambar Astro
EKSKLUSIF RAYA: Barisan pelakon dan penerbitan The Hantus bersama Sharmin Parameswaran dari Astro. — Gambar Astro
 Barisan pelakon ‘The Hantus’ iaitu (dari kiri) Hannah Delisha, Faizal Hussein, Alif Satar, Namron dan Khatijah Tan. ‘The Hantus’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, mulai 15 Jun 2018 (Jumaat).
MANTAP: Barisan pelakon ‘The Hantus’ iaitu (dari kiri) Hannah Delisha, Faizal Hussein, Alif Satar, Namron dan Khatijah Tan. ‘The Hantus’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, mulai 15 Jun 2018 (Jumaat).

DARI hari ke hari, perjalanan seni figura ini terus diwarnai dengan pelbagai peranan menarik.

Terbaharu, pengacara dan pelakon serba boleh, Nabil Ahmad mengorak selangkah lagi apabila buat julung kalinya menghasilkan sebuah Filem Televisyen (FTV) berjudul ‘The Hantus’ khas untuk siaran Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 15 Jun 2018.

Menggalas beberapa tanggungjawab utama di belakang tabir sebagai Penulis Skrip dan Penerbit, Nabil turut bertindak sebagai Pengarah Bersama di samping Pengarah Helmi Yusof.

FTV yang bergenre komedi-seram ini diinspirasikan dari kisah-kisah hantu seram, popular dan viral termasuklah cerita ‘Volkswagen Kuning’, ‘Hantu Kak Limah’ dan ‘Kisah Seram & Misteri Taman Mimaland’.

Berlatarkan skrip dan plot penceritaan yang kuat, ‘The Hantus’ diperhebatkan lagi dengan penampilan barisan selebriti popular seperti Faizal Hussein, Alif Satar, Hannah Delisha dan Khatijah Tan yang memegang watak utama untuk naskhah ini.

Menyedari akan kesesuaian lagu-lagu yang dipersembahkan oleh sekumpulan pemuzik muda yang semakin menempa nama, Kugiran Masdo dengan plot penceritaan ‘The Hantus’ yang berlatarbelakangkan tahun 70-an, lagu ‘Pesta Muda Mudi’ nyanyian kumpulan ini telah dijadikan lagu latar FTV ini.

Ketua Saluran Astro First Eksklusif & Astro Best Sharmin Parameswaran berkata walaupun ini merupakan FTV arahan Nabil yang pertama, Nabil dilihat berjaya menghasilkan sebuah karya yang kami rasakan cukup hebat dan mampu memenangi hati penonton.

“‘Forte’ atau kelebihan beliau dalam bidang lawak ternyata dimaksimumkan dalam naskhah ini. Gabungan pelakon muda dan lama ternyata menjadi dan masing-masing mempamerkan komitmen jitu dalam projek ini,” katanya.

Sementara itu, Nabil turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Astro First Eksklusif kerana memberi peluang kepada beliau merealisasikan penulisannya.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pelakon-pelakon yang telah memberi komitmen yang cukup hebat sepanjang penggambaran dan semestinya kepada KMN Production yang sentiasa menjadi tulang belakang saya sepanjang saya bertungkus lumus menyiapkan ‘The Hantus’.

“Alhamdulillah, dengan berkat doa kedua-dua ibubapa saya, satu lagi cabang kerjaya telah berjaya saya terokai. Pengalaman saya kali ini dapat mengarah bersama seorang sutradara yang cukup hebat, saudara Helmi Yusof, betul-betul menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna dan amat saya hargai,” kata Nabil.

Tambah Nabil, ‘The Hantus’ adalah hadiah istimewa untuk semua dan berharap ia akan menjadi sebuah naskhah yang boleh membuat semua penonton terhibur.

‘The Hantus’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 15 Jun 2018 (Jumaat), bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang akan datang ini.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton ‘The Hantus’ berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘The Hantus’ boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘on demand’.

Advertisement