Anda di sini

Jambatan Batang Samarahan dibuka kepada orang ramai

Advertisement
 Julaihi ditemani Rubiah, Aidel dan Ibrahim merasmikan pembukaan laluan trafik Jambatan Batang Samarahan, semalam.
DIBUKA: Julaihi ditemani Rubiah, Aidel dan Ibrahim merasmikan pembukaan laluan trafik Jambatan Batang Samarahan, semalam.

KOTA SAMARAHAN: Penantian penduduk Samarahan untuk menggunakan Jambatan Batang Samarahan kini berakhir selepas laluan trafik jambatan itu dibuka secara rasminya bermula semalam.

Majlis perasmian pembukaan laluan trafik Jambatan Batang Samarahan itu disempurnakan Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi di atas jambatan itu semalam.

“Hari ini (semalam) merupakan hari pertama ia mula dibuka secara rasminya kepada orang ramai dan kita sedia maklum ramai yang menantikan saat ini, kita cukup gembira ia dapat dibuka kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis itu.

Pada sama sama, Julaihi memberitahu jambatan itu termasuk Jambatan Batang Sadong merupakan antara pelengkap kepada Jalan Pesisir yang dilaksanakan di Sarawak.  

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Sebuyau yakin laluan tersebut akan menjadi laluan utama penduduk di kawasan tersebut untuk ke bandar raya Kuching dan sekitarnya.

Malah, beliau menegaskan, Jambatan Batang Samarahan itu juga akan membuka peluang dan merancakkan lagi sosioekonomi penduduk di luar bandar.

“Kita akan meneruskan usaha untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada rakyat di luar bandar yang mana pembangunan di kawasan luar bandar ini merupakan keutamaan kita.

“Ini kerana kawasan luar bandar amat memerlukan infrastruktur yang baik seperti jalan raya supaya ia dapat membawa lebih banyak pembangunan di kawasan tersebut,” tegasnya.

Mengulas lanjut tentang Jambatan Batang Samarahan, Julaihi berkata, jambatan sepanjang 774 meter dengan kos RM110 juta itu siap lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Katanya, jambatan itu dapat memendekkan tempoh perjalanan pengguna ke bandar raya Kuching atau Samarahan tanpa perlu menggunakan perkhidmatan feri atau jalan alternatif yang jauh.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Residen Bahagian Samarahan Ibrahim Lumpu dan tetamu kehormat lain.

  • oleh
  • Advertisement