Anda di sini

Tun Juhar berbuka puasa bersama warga TLDM

Advertisement
TUN Juhar bersalaman dengan warga TLDM sebelum berangkat balik.
TUN Juhar bersalaman dengan warga TLDM sebelum berangkat balik.

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Khamis malam.

Ketibaan Tun Juhar dan isteri disambut Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman serta isteri Datin Mariam Suri Ahmad.

Beliau juga turut solat Tarawih bersama-sama 1,000 orang warga pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Masjid Ibnu Battuta.

SEBAHAGIAN warga TLDM dan tetamu yang hadir.
SEBAHAGIAN warga TLDM dan tetamu yang hadir.

Hadir sama Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai Azhar Matussin, SS Mufti Negeri Sabah  Datuk Ustaz Bongsu@ Aziz Jaafar, Setiausaha

Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeoh Boon Hai.-Penerangan

Advertisement