Anda di sini

Kelupis penyeri juadah Syawal etnik Melayu Brunei

Advertisement
 Mohamad (dua kanan) menyerahkan bungkusan kelupis untuk surau berdekatan. (Gambar kiri)
SEDEKAH: Mohamad (dua kanan) menyerahkan bungkusan kelupis untuk surau berdekatan. (Gambar kiri)
 Aktiviti memerah santan dilakukan untuk dimasak bersama beras pulut.
HIDANGAN SYAWAL: Aktiviti memerah santan dilakukan untuk dimasak bersama beras pulut.

KELUPIS yang dibungkus menggunakan daun ‘nyirik’ merupakan menu wajib yang perlu ada sebagai penyeri juadah Syawal.

Ia merupakan makanan tradisional yang diwarisi dari dulu lagi dihasilkan menggunakan beras pulut dan santan yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan di utara negeri ini.

Tidak lengkap rasanya jika makanan tradisi itu tidak dihidangkan setiap kali mengadakan kenduri, majlis perkahwinan dan juadah istimewa ketika Aidilfitri mahupun Aidiladha.

Hidangan itu menjadi pelengkap dan sebab itu masyarakat etnik Melayu Brunei di utara negeri ini menjadikan acara ‘mengelupis’ atau membuat kelupis sebagai aktiviti utama sebelum sesuatu majlis diadakan, khususnya kenduri.

Ahli keluarga kembali ‘gagau’ (sibuk) menjelang Syawal untuk menyiapkan kelupis secara bergotong-royong, sama seperti masyarakat di Semenanjung menyediakan ketupat mahupun lemang.

Bagi tujuan itu Penubuhan Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri mengadakan Program Kelupis Ria Dangsanak di Surau Darul Insyirah IPGK S Miri, baru-baru ini.

Pengerusinya Mohamad Tangah berkata, proses pembuatannya perlu melalui beberapa peringkat kerana ia mempunyai makna tersendiri yang dikaitkan dengan perpaduan dan keakraban sesama ahli persatuan.

“Program ini bukan saja diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan,  tetapi mampu mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli.

“Pada masa sama program ini dapat meningkatkan minat kepada pembuatan kuih tradisi Melayu dalam kalangan ahli,” ujarnya lagi.

  • oleh
  • Advertisement