Anda di sini

Peranan pejawat awam peringkat majlis daerah penting

Advertisement
JAUJAN (tengah) menerima taklimat mengenai PPR Tagasan sempena lawatan itu. Turut kelihatan ialah Ginun (dua kanan).
JAUJAN (tengah) menerima taklimat mengenai PPR Tagasan sempena lawatan itu. Turut kelihatan ialah Ginun (dua kanan).

SEMPORNA: Penjawat awam khususnya dalam peringkat majlis daerah mempunyai tanggungjawab penting bagi memastikan suasana sekitar bandar bersih dan berkualiti.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, daerah Semporna khususnya kini adalah salah satu destinasi pelancongan sangat popular di Sabah.

"Adalah menjadi tanggungjawab setiap penjawat awam di peringkat majlis daerah untuk melaksanakan tugasan masing-masing bagi memastikan misi dan visi untuk Semporna tercapai.

"Wujudnya satu keperluan bagi mempertingkat kemudahan asas di sini seperti prasarana jalan raya dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan Siri Lawatan Kerja ke Daerah Semporna, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kerajaan juga memberikan tumpuan kepada pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) di daerah berkenaan memandangkan keperluan rumah kos rendah itu sangat diperlukan.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, PPR Bubul Ria yang bakal menerima penduduk dalam masa terdekat dan PPR Tagasan yang kini dalam perancangan pembinaan yakin mampu mencukupi permintaan rumah itu dalam terdekat.

"Bagaimanapun, kita harus memikirkan soal jangka masa panjang untuk membina lebih banyak PPR yang mempunyai saiz luas kerana penduduk di sini semakin bertambah di masa hadapan.

"Masyarakat bertambah memerlukan kualiti persekitaran yang baik dan tidak dinafikan kualiti baik memerlukan bajet serta keupayaan penjawat awam bagi melaksanakan program-program rakyat," katanya.

Katanya, siri lawatan kerja itu akan diteruskan ke daerah lain di seluruh negeri selepas Hari Raya nanti.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus dan Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Hj Bulah.

  • oleh
  • Advertisement