Anda di sini

Penyeludupan berleluasa akibat penutupan barter-trade

Advertisement
MA'MUN SULAIMAN
MA'MUN SULAIMAN

TAWAU: Aktiviti keluar-masuk penyeludupan barangan melalui laluan tikus di sempadan Tawau-Nunukan dipercayai kembali rancak susulan langkah penutupan hubungan perdagangan barter-trade (tukar barang) antara kedua-dua wilayah berjiran.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman percaya kerajaan perlu membuka semula barter-trade untuk mengimbangi situasi semasa di sempadan.

“Tawau dan Nunukan (Kalimantan Utara, Indonesia) mempunyai hubungan perdagangan barter-trade yang cukup lama, khususnya semenjak tahun 1950-an lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diajukan pertanyaan berhubung kekerapan aktiviti penyeludupan dipatahkan pasukan penguatkuasa di Kalabakan sejak akhir-akhir ini.

Ma’mun optimis langkah pembukaan semula barter-trade berupaya menjana ekonomi kedua-dua wilayah, malah ‘langkah serampang dua mata’ mengawasi penyeludupan.

“Kita memahami langkah diambil berkaitan isu keselamatan, namun ekonomi di Tawau (Kalabakan) kini begitu lembab semenjak perdagangan barter-trade ditutup,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memuji langkah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memperkenalkan Road Check Point (RCP) di pintu sempadan Kalabakan.

Menurutnya, impak RCP begitu ketara dan beliau sendiri ada melihat Pasukan Gerakan Am (PGA) bertugas menjaga kawasan sempadan antara Tawau dan Nunukan.

  • oleh
  • Advertisement