Anda di sini

Lelaki mengaku tidak bersalah seludup migran haram

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad menetapkan pengurusan kes pada 26 Julai terhadap Kassim Ampulok, 42, yang diwakili peguam Datuk Maijol Mahap.

Tertuduh didakwa menyeludup lima lelaki migran haram menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda, pada 6 April jam 11 malam, di kawasan pesisiran pantai Kampung Terongkongan, daerah Kudat.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 26 J Atipsom 2007, boleh dikenakan pemenjaraan selama tempoh lima tahun atau denda maksimum RM25,000, atau kedua-duanya.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Mohamad Khairuddin Idris.

  • oleh
  • Advertisement