Anda di sini

KPDNKK dapat kenal pasti harga barang

Advertisement
 Wong (dua kiri) menunjukkan notis kadar GST sifar semasa operasi di Kompleks Karamunsing.
ELAK TINDAKAN: Wong (dua kiri) menunjukkan notis kadar GST sifar semasa operasi di Kompleks Karamunsing.

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) dapat mengenal pasti harga barangan melalui rekod yang disimpan sebelum dan selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt berkata kaedah itu dapat mengelakkan peniaga melakukan penipuan terhadap harga barangan.

“Selepas GST dimansuhkan peniaga mula menurunkan harga barangan di premis masing-masing. Bagaimanapun, KPDNKK masih menerima aduan berkenaan harga barangan kekal sama semasa GST.

“Segelintir peniaga turut mengambil kesempatan bagi mendapatkan sedikit keuntungan,” katanya semasa operasi pemeriksaan harga barangan di Kompleks Karamunsing di sini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah KPDNKK (Ketua Bahagian Penguatkuasaan) Ravichandran Vadivellu.

Stephen berkata peniaga dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang bagi mengelakkan dikenakan tindakan mengikut Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 1999, Akta Penerangan Perdagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Saya juga mengharapkan agar pengguna menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam mengenal pasti dan melaporkan premis yang enggan menurunkan harga barangan,” katanya.

Advertisement