Anda di sini

Kanak-kanak maut akibat lemas

Advertisement
 ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa selepas berjaya ditemukan dalam operasi SAR.
ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa selepas berjaya ditemukan dalam operasi SAR.

TUARAN: Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di Sungai Kampung Sawah Sungai di sini kira-kira jam 8.38 pagi hari ini.

Mangsa yang berumur tujuh tahun itu dipercayai lemas selepas terjatuh ketika bermain di tepi sungai bersama kawan-kawannya.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di sini menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.25 petang pada Rabu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari pertama terpaksa dihentikan kira-kira jam 7.09 malam dan disambung semula hari ini pada jam 6.35 pagi.

Mangsa yang ditemukan tidak jauh dari kawasan beliau dilaporkan hilang disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement