Anda di sini

Jumat dedah kes penyelewengan Musa

Advertisement
JUMAT (duduk, kiri) dan Azhar ketika sidang media itu.
JUMAT (duduk, kiri) dan Azhar ketika sidang media itu.

KOTA KINABALU: Mantan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris mendedahkan beberapa penyelewengan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman semasa menjadi Ketua Menteri.

Beliau mendakwa Musa telah meluluskan beberapa projek berkaitan tanah kepada ahli keluarganya termasuk saudaranya.

Katanya ia adalah bercanggah dengan perundangan yang jelas menunjukkan ahli politik itu menyalahgunakan kuasa beliau.

"Untuk makluman, ada bebarapa kawasan yang dipohon oleh anak anak saudaranya, sebagai contoh kawasan dekat lampu isyarat Rampayan seluas 7 hektar telah diberikan kepada anak saudaranya dan satu lagi kawasan seluas 5 ekar dekat Likas Square.

"Likas Square ini sepatutnya adalah rizab negeri dan bukannya 'state land' tetapi diberikan kepada anak saudara dia. Semua dokumen berkaitan ada bersama saya... ini sepatutnya tidak boleh dilakukan kerana rizab negeri ini untuk pembangunan agensi negeri beliau," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di kediamannya, di sini pada petang Rabu.

Selain itu, Jumat turut mendedahkan satu lagi kes melibatkan penanaman sawit seluas 40,000 ekar yang mana, tanah itu sebelum ini milik Yayasan Sabah tetapi ditukar kepada rizab negeri yang seterusnya diserahkan kepada satu syarikat untuk melaksanakan penanaman sawit.

Beliau menggesa agar pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap pemilik syarikat yang diberikan keistimewaan 'luar biasa' dalam mengendalikan projek tanah di negeri ini.

"Saya difahamkan bahawa kawasan ini telah ditukarkan kepada rizab negeri dan selepas ditukar kepada state land didapati bahawa sudah ada syarikat pemilik yang kini sudah pun menanam sepenuhnya kawasan itu dengan sawit seluas 40,000 ekar.

"Kita mahu tahu siapa individu ini dan sudah tentunya kita berminat intuk mengetahui latar belakang pemilik syarikat ini yang dilihat begitu berkeupayaan membangunkan tanah seluas 40,000 ekar dalam waktu yang singkat," katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai Azhar Matussin.

  • oleh
  • Advertisement