Anda di sini

Hasilkan tanaman lain di ladang sawit

Advertisement
 JUNZ WONG
JUNZ WONG

KOTA KINABALU: Peladang sawit di negeri ini digalakkan untuk menanam jenis tanaman lain yang mempunyai pasaran lebih menguntungkan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong berkata, beliau akan mengemukakan cadangan kepada Ketua Menteri agar ladang sawit juga perlu ditanam dengan tanaman lain.

Katanya, Jabatan Pertanian membuat penyelidikan melibatkan pelbagai jenis tanaman termasuklah kelapa, nanas, durian dan manggis.

"Semua jenis tanaman ini mempunyai keuntungan yang lebih baik berbanding sawit.

"Kementerian akan membuat kajian menyeluruh dan polisi baharu untuk dihantar kepada Kabinet negeri selepas tamat tempoh penanaman sawit.

"Hasrat menggantikan sawit dengan tanaman lain juga bertujuan mengurangkan tanaman berkenaan kerana sudah terlalu banyak sawit ditanam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan amanat kepada warga kementeriannya di sini pada Khamis.

Junz berkata, kekurangan dari aspek infrastruktur, teknologi, pemasaran dan bahan tanaman antara cabaran yang dihadapi untuk memajukan tanaman yang sudah dikenal pasti.

Katanya, aspek pemasaran adalah penting bagi memastikan hasil tanaman makanan dapat diketengahkan kepada pengguna tempatan dan luar negeri.

"Bagi menjayakan usaha ini, kita perlu mengambil kira beberapa perkara seperti penjenamaan untuk menembusi pasaran antarabangsa, kualiti, kelestarian serta persijilan," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement