Anda di sini

Gadai barang kemas isteri

Advertisement

Suami ditahan polis di kawasan taman perumahan sama


LAHAD DATU: Seorang suami ditahan polis setelah didapati 'kehilangan' barang kemas isterinya menemui dalang sebenar kes pecah rumah kediamannya di Taman Fajar, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata laporan yang dibuat isterinya sebagai pengadu pada 1 Jun 2018, sehari selepas kejadian itu.

Menurutnya, pengadu kerugian kira-kira RM30,000 setelah rumahnya dipecah masuk dan kehilangan rantai, gelang dan cincin.

"Bertindak atas maklumat, Inspektor Muhammad Sobbri mengetuai Op Kesan/Cantas pada 4 Jun 2018 dan seorang suspek lelaki tempatan berusia 39 tahun ditangkap di sebuah rumah di kawasan taman perumahan yang sama," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

HAMZAH menunjukkan barang rampasan berkaitan kes itu.
HAMZAH menunjukkan barang rampasan berkaitan kes itu.

Menurutnya, teknik penipuan terbongkar apabila operasi itu menahan seorang suspek disyaki telah menyerahkan barangan kemas untuk digadai.

Katanya, pada operasi itu telah ditemukan enam helai resit pajak gadai dan rampasan barang kemas berupa tiga utas rantai, dua utas gelang dan tiga bentuk cincin emas dilakukan di sebuah premis pajak gadai.

Hasil siasatan mendapati suspek telah diberi sejumlah barang kemas oleh suami.

Pasangan suami isteri itu turut didapati positif dadah jenis methampetamine dan kedua-duanya masih dalam tahanan sementara siasatan dilengkapkan.

Dalam pada itu, satu lagi kes pecah rumah berlaku di Taman Hing Nam didalangi anak angkat pengadu.

Kejadian berlaku ketika pengadu sedang bercuti selama dua hari bermula 29 Mei 2018 dan ketika balik pada 31 Mei 2018 kira-kira ham 5.30 petang, pengadu mendapati jeriji pintu hadapan rumahnya telah dipecah masuk.

Pengadu mendapati lebih kurang RM3,500 hilang termasuk wang tunai dan seutas jam tangan telah hilang.

Sehari selepas laporan dibuat, Bahagian Siasatan Jenayah telah menangkap tiga remaja tempatan berusia 15 hingga 16 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Suspek pertama yang merupakan anak angkat pengadu ditahan di kawasan Fajar kira-kira jam 1.15 petang, suspek kedua ditangkap di Jalan Teratai kira-kira jam 1.30 petang dan suspek ketiga di depan Dewan Tun Mustapha jam 1.45 petang.

Turut dirampas daripada suspek pertama ialah seutas jam tangan milik pengadu.

Kedua-dua kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 14 tahun penjara dan dikenakan denda jika sabit kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement