Anda di sini

Dua bot pam mencurigakan ditahan APMM

Advertisement
BOT pam yang dtahan di sekitar perairan Pulau Mengalum malam Rabu.
BOT pam yang dtahan di sekitar perairan Pulau Mengalum malam Rabu.

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Labuan telah menahan dua pam bot berwarna biru dan kuning/putih tiada nombor pendaftaran di sekitar perairan Pulau Mengalum, malam Rabu.

Ketua Zon Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Hj Aziz berkata, Bot Peronda Maritim yang sedang melaksanakan OP API sekitar pelantar minyak ERB WEST di perairan Pulau Mengalum telah mengesan dua pam bot yang mencurigakan berada dia kawasan pelantar minyak ERB.

Katanya kedua-dua pam bot terbabit ditahan dan diperiksa kira-kira jam 10.30 malam.

"Pemeriksaan lanjut mendapati dua tekong yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 31 tahun yang berada di atas bot terbabit gagal menunjukkan dan mempamerkan pengenalan diri yang sah.

"Kedua-dua bot dan tekong itu kemudiannya ditahan bersama peralatan memancing dan hasil tangkapan ikan yang dianggarkan lebih kurang 30kg dan diiringi masuk ke Pulau Mengalum untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang memperuntukkan penjara dua tahun dan denda RM1,000 ringgit atau kedua-duanya sekali.

Kes juga akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya selain tidak lebih daripada enam sebatan.

Sejak OP API dilaksanakan pada 22 Mac lalu, sebanyak empat tangkapan yang melibatkan pencerobohan kawasan larangan telah direkodkan sehingga kini.

  • oleh
  • Advertisement