Anda di sini

Banyak sekolah kayu perlu perhatian kerajaan

Advertisement

TAWAU: Masih banyak sekolah binaan kayu di negeri ini yang memerlukan perhatian khusus Kerajaan Pusat untuk diganti atau dinaiktaraf supaya menjadi bangunan konkrit.

Di Parlimen Kalabakan misalnya, terdapat sekolah kayu berusia 95 tahun dalam bandar tetapi masih belum dinaiktaraf, malah kerusi mejanya juga sudah 20 tahun tidak berganti.

 MA’MUN menyampaikan bantuan kepada salah seorang murid SK Holy Trinity.
MA’MUN menyampaikan bantuan kepada salah seorang murid SK Holy Trinity.

Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman percaya terdapat kira-kira 70 peratus premis bangunan sekolah di kawasannya yang masih berorientasikan kayu, bukan konkrit.

“Kerajaan Warisan melihat perkara sebegini sebagai satu kelemahan kerajaan terdahulu, justeru Kerajaan Negeri yang baharu mahu menuntut autonomi dalam pendidikan.

“Sebab itu juga, Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah diwujudkan,” katanya selepas merasmikan Majlis Teduhan Kasih SK Holy Trinity di sini pada Khamis.

Ma’mun menyifatkan sekolah-sekolah di Sabah selalu dipinggirkan Kerajaan Pusat terdahulu menyebabkan suasana kondusif pembelajaran anak-anak sukar diwujudkan.

PARA penerima bantuan warga emas merakamkan gambar bersama Ma’mun serta tetamu yang hadir termasuk Guru Besar SK Holy Trinity Jhonny Gumbiled @Gumbilit dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Holy Trinity Sabin Borog.
PARA penerima bantuan warga emas merakamkan gambar bersama Ma’mun serta tetamu yang hadir termasuk Guru Besar SK Holy Trinity Jhonny Gumbiled @Gumbilit dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Holy Trinity Sabin Borog.

Malah, lebih memeranjatkannya apabila masih ada sekolah di Parlimen Kalabakan yang didapati menggunakan gudang atau panggung sebagai premis pembelajaran mereka.

Menurutnya, keluhan-keluhan masyarakat di Parlimen Kalabakan berkaitan isu prasarana sekolah, akan disampaikan terus kepada menteri dan kementerian bertangunggjawab.

Seramai 10 asnaf warga emas serta 120 murid miskin dan anak yatim di SK Holy Trinity menerima bantuan kebajikan seperti sumbangan kewangan dan barang keperluan harian.

  • oleh
  • Advertisement