Anda di sini

Ahmad angkat sumpah Timbalan Speaker DUN Sabah

AHMAD melafaz ikrar jawatan Timbalan Speaker DUN Sabah di hadapan Juhar (kiri) dan Norlidah.
AHMAD melafaz ikrar jawatan Timbalan Speaker DUN Sabah di hadapan Juhar (kiri) dan Norlidah.

KOTA KINABALU: Majlis Angkat Sumpah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah oleh Datuk Ahmad Abdul Rahman berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah RM Jasni di Istana Negeri hari ini.

Selepas upacara lafaz ikrar jawatan, beliau kemudiannya menandatangani watikah pelantikan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Mairin @Martin Idang.

Ahmad, 68, berasal dari Kota Kinabalu merupakan peguambela dan peguamcara serta peguam syariah yang berpengalaman lebih 30 tahun.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Belia dan Sukan Poon Ming Fung @Frankie serta dif-dif kenamaan yang lain.