Anda di sini

300 sertai kempan World #Quran Hour

Advertisement
IMAM Aman Palestin Sabah Suhaib Ahmed Muhammed Mukhlalati (kanan) Pembawa Panji Pertama, membacakan ayat 1 dan 2 Surah Al-Hujurat.
IMAM Aman Palestin Sabah Suhaib Ahmed Muhammed Mukhlalati (kanan) Pembawa Panji Pertama, membacakan ayat 1 dan 2 Surah Al-Hujurat.

KOTA KINABALU: Seramai 300 orang terdiri daripada pelajar sekolah, tahfiz, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta orang awam menghadiri kempen World #Quran Hour.

Kempen yang diadakan di Masjid Bandaraya Likas itu bertujuan melahirkan legasi akhlak al-Quran, bertindak dan berfikir berlandaskan al-Quran.

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas merupakan penggerak utama kempen itu bagi mengajak masyarakat mengubah ekosistem yang ada kepada berteraskan al-Quran.

Hadir sama, Mufti Sabah Datuk Ustaz Bungsu Aziz Jaafar, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Datuk AB Jamal Tun Sakaran dan Imam Besar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Iman Suhaidi Kuanting.

GAMBAR kenangan hadirin World #Quran Hour 2018.
GAMBAR kenangan hadirin World #Quran Hour 2018.
Advertisement