Anda di sini

Simulasi memperingati kejadian gempa bumi

Advertisement

RANAU: Satu simulasi gempa mencari dan menyelamat (SAR) 2018 diadakan di Kompleks Taman Kinabalu Ranau dan Gunung Kinabalu anjuran Taman-Taman Sabah pada Selasa.

Program yang dijalankan bermula jam 7 pagi hingga 4.30 petang itu melibatkan beberapa agensi dan jabatan yang berkaitan.

Ia termasuklah Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Ranau, Pejabat Daerah Ranau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Syarikat Komunikasi Sapura Research Sdn Bhd.

SEBAHAGIAN anggota bomba dan APM yang terlibat dengan simulasi.
SEBAHAGIAN anggota bomba dan APM yang terlibat dengan simulasi.

Turut terlibat, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, 'Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team' (Smart), Sutera Sanctuary Lodges (SSL), Persatuan Malim dan Poter Kinabalu serta Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia PDRM.

Operasi berkenaan diketuai oleh Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah.
 
Katanya, simulasi itu bertujuan memperingati kejadian gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015.

Selain itu jelasnya, ia dapat meningkatkan keyakinan khususnya kepada para pelawat dan pendaki berhubung penyelarasan operasi SAR di Gunung Kinabalu yang melibatkan pelbagai agensi serta jabatan kerajaan.

KEM perubatan yang membantu merawat mangsa.
KEM perubatan yang membantu merawat mangsa.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar penduduk mahupun pengunjung khususnya yang berada di daerah Ranau agar tidak menimbulkan spekulasi semasa simulasi dijalankan.

Langkah berkenaan jelasnya bagi mengelak wujudnya ancaman keselamatan kepada masyarakat setempat.

Advertisement