Anda di sini

Musa failkan saman baharu terhadap Tun Juhar dan Shafie

Advertisement
MUSA
MUSA

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini memfailkan saman baharu  terhadap Yang Dipertua  Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bagi menggantikan saman yang difailkan sebelum ini (17 Mei), memohon pengisytiharan bahawa beliau (Musa) kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Saman yang difailkan melalui Messrs F.T. Ahmad & Co. yang mewakili Musa dan menamakan Tun Juhar dan Mohd Shafie sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam saman yang disokong satu afidavit, Musa memohon pengisytiharan bahawa dia sebagai plaintif  adalah dan kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah, dan perisytiharan bahawa tidak ada pembatalan, penghapusan atau pemecatan terhadap pelantikan plaintif sebagai Ketua Menteri Sabah.

Musa juga memohon pengisytiharan bahawa perbuatan defendan pertama terhadap plantif selepas pelantikannya sebagai Ketua Menteri, melantik defendan kedua sebagai Ketua Menteri adalah ultra vires  Perlembagaan Negeri Sabah ('Perlembagaan Negeri'), batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan.

Di dalam saman itu, Musa juga memohon pengisytiharan bahawa defendan pertama bertindak tidak  mengikut perlembagaan dalam melantik Kabinet negeri defendan kedua dan pengisytiharan bahawa defendan pertama gagal, cuai dan/atau enggan untuk melantik enam Anggota Dewan Undangan Negeri seperti yang dicadangkan oleh plaintif adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negeri.

Musa juga memohon satu perisytiharan bahawa semua perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh defendan kedua dan /atau Kabinetnya yang dikatakan itu selepas pelantikannya sebagai  ketua  menteri, adalah batal, tidak sah dan tidak mempunyai kesan.

Pada 7 Mei, Musa memfailkan saman terhadap defendan pertama dan kedua tetapi plaintif hari ini membatalkannya dan sebaliknya memfailkan saman baharu terhadap defendan pertama dan kedua.-Bernama.

Advertisement