Anda di sini

Lori bertembung kereta

Advertisement

Seorang penumpang wanita maut manakala pemandu kereta parah


SEMPORNA: Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan perlanggaran antara sebuah lori dan kereta di KM47 Jalan Semporna-Tawau, di sini, kira-kira jam 4.10 petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata mangsa, Rafeah Dumpas, 58, yang duduk di kerusi penumpang kereta dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
”Pemandu kereta, lelaki berusia 23 tahun, mengalami kecederaan parah, manakala pemandu lori, lelaki, 31, penumpang lori, lelaki, 27, dan seorang lagi lelaki, 22, tidak mengalami kecederaan,” katanya.

KEMALANGAN yang berlaku di KM47 Jalan Semporna-Tawau, kira-kira jam 4.10 petang Selasa.
KEMALANGAN yang berlaku di KM47 Jalan Semporna-Tawau, kira-kira jam 4.10 petang Selasa.

Beliau berkata polis menerima panggilan pada jam 4.20 petang berhubung kemalangan yang berlaku sebelum siasatan dijalankan di lokasi kejadian oleh pegawai bertugas.
Menurutnya, siasatan awal menunjukkan kemalangan berlaku semasa lori yang dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

PENUMPANG kereta, Rafeah Dumpas, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian.
PENUMPANG kereta, Rafeah Dumpas, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Semasa lori tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang tiba-tiba dalam keadaan tidak terkawal selepas menaiki bukit, memasuki kawasan laluan lori sebelum bertembung.
“Bagaimanapun, siasatan polis berhubung kes kemalangan ini masih lagi kita teruskan dan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement