Anda di sini

Kerja baiki jalan diteruskan

Advertisement

Rosak sejak bertahun-tahun, projek dijangka siap September 2019


TAWAU: Kerja membaik-pulih jalan di KM15.7 Jalan Tawau-Merotai berhampiran Kg Bukit di sini, yang sudah bertahun-tahun rosak, dijangka siap menjelang September 2019.

Pembantu Menteri Pembangunan Insrastruktur Datuk Abdul Muis Picho berkata projek bernilai kira-kira RM20 juta itu memerlukan masa lebih daripada 15 bulan untuk siap.

”Sebelum kerja membaik-pulih jalan terbabit diteruskan, lencongan perlu dibina di tanah milik syarikat ladang berhampiran sebagai laluan alternatif pengguna jalan,” katanya.

AMRULLAH menyampaikan taklimat kepada Muis dan rombongan mengenai keadaan cerun serta kerja yang dijalankan. Turut kelihatan, Faizal (kiri).
AMRULLAH menyampaikan taklimat kepada Muis dan rombongan mengenai keadaan cerun serta kerja yang dijalankan. Turut kelihatan, Faizal (kiri).

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat pembaikan semula cerun-cerun di KM15.7 dan KM50.37 Jalan Merotai-Kalabakan, di sini pada Rabu.

Menurutnya, syarikat ladang (Sime Darby), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor terlibat sudah mencapai persetujuan bersama berhubung pembinaan lencongan itu.

Mengulas mengenai kerja baik pulih jalan itu juga, beliau berkata kerja membaiki jalan terbabit tergendala semenjak Januari 2018 akibat masalah tanah.

”Selain di KM15.7 Jalan Tawau-Merotai, kerja membaik-pulih jalan di KM50.37 Jalan Merotai-Kalabakan akan turut dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kalabakan Ma'mun Sulaiman, Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Amrullah Kamal dan Jurutera (JKR) Bahagian Kawasan Selatan Tawau Andy Faizal Sahapadin.

  • oleh
  • Advertisement