Anda di sini

Hentikan penyebaran berita palsu

Advertisement

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee membidas sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan aplikasi telefon dan laman web untuk menularkan berita palsu atau maklumat yang tidak berasas.

“Berita palsu tentang warga tua boleh menerima elaun khas, kad rawatan percuma serta tawaran caj lesen memandu percuma kepada golongan muda luas tersebar menyebabkan sesetengah warga terpedaya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

LEE PUN YEE
LEE PUN YEE

Beliau yang juga penasihat Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi Kota Kinabalu, penasihat Persatuan Penduduk Jalan Shantung Luyang Kota Kinabalu dan naib presiden Pertubuhan Pemulihan Zhong Hua Malaysia menggesa netizen agar menggunakan fikiran yang matang dan rasional untuk menapis serta menganalisis sebarang berita yang diterima.

"Jangan menjadi penyebar maklumat palsu. Sebaliknya, mereka harus mendapatkan kesahihan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum bertindak.

“Berita seumpama ini akan membawa kemudaratan kepada individu, masyarakat dan negara jika dibiarkan tanpa sekatan,” jelasnya.

Lee juga mengucapkan terima kasih kepada Nicolas selaku setiausaha politik Menteri Pertanian dan Industri Makanan kerana bertindak pantas dalam pertanyaan yang diajukan.

Advertisement