Anda di sini

Tenis dalam senarai kontinjen Sabah Ke Sukma

Advertisement

KOTA KINABALU: Teka teki mengenai kedudukan sukan tenis dalam kontinjen Sabah ke Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 Perak 2018 September depan terjawab.

Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA), Johnson Koh mengesahkan bahawa persatuan itu akan mengambil bahagian pada sukan dwi tahunan terbesar negara yang dijadualkan berlangsung pada 14-22 September berkenaan.

"Pemilihan pemain masih sedang dalam proses di mana setakat ini baharu dua pemain iaitu Christian Didier Chin dan Nurshaneem Shamsuddin telah sah dalam senarai," kata Johnson dalam kenyataannya di sini pada Selasa.

PRESIDEN STA Johnson (kanan), Setiausaha STA Tito Latoja (kiri) dan Shamsuddin Mujstamin sedang membincangkan mengenai pemilihan pemain Sukma.
PRESIDEN STA Johnson (kanan), Setiausaha STA Tito Latoja (kiri) dan Shamsuddin Mujstamin sedang membincangkan mengenai pemilihan pemain Sukma.

Christian dan Nurshaneem adalah penyumbang pingat emas dan gangsa pada Sukma Sarawak 2016. Kedua-dua pemain itu bergandingan untuk merangkul pingat emas acara beregu campuran manakala Christian menambah pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki.

Johnson berkata, antara kriteria pemilihan kali ini adalah, pemain mestilah menyertai Siri Kejohanan Tenis Junior Sabah.

Pusingan kedua kejohanan junior itu akan berlangsung di Tawau pada 22-24 Jun ini.

Johnson berkata, Setiausaha Persatuan Tenis Daerah Tawau, Shameer A Rahman telah mengesahkan tarikh kejohanan itu dan semua anggota gabungan diminta untuk menyertainya.

"Semua anggota gabungan STA diminta menyertai kejohanan junior itu kerana ia juga medan dapatkan tiket ke pusingan akhir yang hanya diperuntukkan kepada lapan pemain terbaik," katanya.

  • oleh
  • Advertisement