Anda di sini

Syafiq Kyle duta Klarissa keluaran Al Nayra

Advertisement
 Majlis pelancaran produk baharu Al Nayra, Klarissa.
DUTA BAHARU: Majlis pelancaran produk baharu Al Nayra, Klarissa.

KUALA LUMPUR: Pelakon Syafiq Kyle telah dlantik sebagai duta Klarissa keluaran syarikat produk kecantikan dan penjagaan kulit, Al Nayra baru-baru ini.

Pelantikan beliau diumumkan pada majlis pelancaran produk Al Nayra di De Gouffron, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur.

Majlis disertakan dengan acara berbuka puasa dan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa.

Selain itu, promosi harga untuk menjadi keluarga Al Nayra sebagai agen dan stokis juga diadakan.

Berucap pada majlis tersebut, pengasas Al Nayra Noreen Azliza Halim berkata, konsep yang digunakan oleh Al Nayra adalah ‘Mudah, Berkesan dan Berkualiti’.

Di bawah rangkaian produk Al Nayra, terdapat set penjagaan wajah, produk kosmetik, serta yang terbaharu adalah suplemen harian iaitu klarissa.

SUPLEMEN HARIAN

“Klarissa merupakan produk suplemen harian yang menghasilkan kolagen secara semulajadi di dalam badan kita bagi membantu kulit cerah, halus dan cantik. Ia juga membantu imunisasi badan serta membuang toksin dan membekalkan tenaga kepada badan,” katanya.

Al Nayra mula dikenali melalui billboard Al Nayra yang berada di sepanjang lebuh raya Utara Selatan, melalui program-program siaran televisyen Malaysia seperti program Assalamualaikum, B´Frenz di TV Al Hijrah, iklan Al Nayra yang berkumandang di corong-corong radio dan promosi di media sosial.

Mengenai pelantikan beliau, Syafiq Kyle berkata, sebelum menerima pelawaan untuk menjadi duta Klarissa, beliau mencuba terlebih dahulu produk tersebut untuk menguji keberkesanannya sebelum mengesyorkannya kepada orang lain.

“Saya telah mencuba produk Klarissa ini dan ia telah menampakkan hasil membuatkan saya lebih bertenaga untuk menjalani rutin harian saya sebagai selebriti,” katanya yang baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Nur yang mengisi slot Akasia di TV3.

Dengan adanya suplemen harian iaitu Klarissa dan Syafiq Kyle sebagai duta rasmi ‘Klarissa By Al Nayra,’ syarikat yakin produknya akan lebih dikenali ramai dan Klarissa boleh menjadi suplemen yang melekat di hati rakyat Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati degan melayari laman sesawang www.alnayra.com.my atau hubungi di 03-60927886 atau talian hotline 011-32186868.

— Bernama

Advertisement