Anda di sini

Siri Jelajah Jom Masuk Kampung rungkai masalah penduduk

Advertisement
IMAM Haris (dari kiri), Cikgu Ahmad, Awang Husaini, Wan Malizah  dan Hajjah Azizah di majlis itu.
IMAM Haris (dari kiri), Cikgu Ahmad, Awang Husaini, Wan Malizah dan Hajjah Azizah di majlis itu.

PUTATAN:  Siri Jelajah Jom Masuk Kampung Ahli Parlimen P.173 Putatan yang telah diadakan di beberapa buah kampung di kawasan Parlimen Putatan sejak bermulanya Ramadan lalu telah berjaya merungkai beberapa masalah penduduk yang perlu ditangani dan perbaiki.

Antaranya keperluan membuka sebuah kelas Kafa di Kg. Pulau Gaya, penempatan guru-guru di Tadika Jheains di Kg. Ulu Putatan, kerja baik pulih pendawaian elektrik koridor dan tangga Pangsapuri Tanjung Aru dan beberapa permasalahan lain.

AWANG Husaini (tiga kanan) menyampaikan raga makanan sumbangan Yayasan Afat Rahman kepada salah seorang penerima.
AWANG Husaini (tiga kanan) menyampaikan raga makanan sumbangan Yayasan Afat Rahman kepada salah seorang penerima.

Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Datuk Sahari sehubungan itu berjanji akan berusaha menangani, memperbaiki, meneliti permasalahan yang dikemukakan masyarakat di kawasannya dan berusaha semampu yang boleh untuk menyelasaikannya demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Program  Jelajah Jom Masuk Kampung  dan Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen P.173 Putatan di kampung halaman beliau di Kg. Tebongon, Putatan yang berlangsung di balai raya kampung berkenaan pada Ahad.

HADIRIN bersama penduduk Kg. Tebongon berbuka puasa bersama Awang Husaini sempena program itu.
HADIRIN bersama penduduk Kg. Tebongon berbuka puasa bersama Awang Husaini sempena program itu.

Turut hadir di majlis itu ialah Imam Masjid Jamek Putatan merangkap Imam Surau An-Nur Kg. Tebongon; Imam Haris Ahmad, Hajjah Azizah Pg. Awang Amit dan Wan Malizah Wan Mohammad Kumiti Yayasan Afat Rahman dan kira-kira lebih 100 penduduk Kampung Tebongon.

Dalam pada itu, Awang Husaini meminta pemimpin peringkat kampung seperti Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK memaklumkan terus kepadanya sekiranya ada sebarang masalah atau keperluan yang diperlukan.

AWANG Husaini (tiga kanan) bersama jemaah Surau An Nur Kg. Tebongon mengaminkan doa selesai solat Maghrib.
AWANG Husaini (tiga kanan) bersama jemaah Surau An Nur Kg. Tebongon mengaminkan doa selesai solat Maghrib.

"InshaAllah, saya akan cuba memberikan khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat di kawasan ini," tegasnya.

Selain Kg. Tebongon, program Siri Jelajah Jom Masuk Kampung berkenaan sebelum ini telah diadakan di beberapa kampung dalam kawasan Parlimen Putatan antaranya Kem Lokawi, Kg. Contoh, Kg. Ulu, Pangsapuri Tanjung Aru, Kg. Petagas, dan Kg. Tanjung Aru Lama.

BERBUAL mesra bersama penduduk yang hadir di majlis itu.
BERBUAL mesra bersama penduduk yang hadir di majlis itu.

Dalam majlis ini, Awang Husaini telah menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Afat Rahman berupa barangan asas keperluan dapur kepada seramai 28 orang asnaf di kampung berkenaan.

Selain berbuka puasa bersama penduduk kampung, beliau telah bersama-sama menunaikan solat Maghrib di Surau An-Nur yang telah diimamkan oleh  Imam Haris Ahmad.

  • oleh
  • Advertisement