Anda di sini

Musa harus hadapi realiti

Advertisement

 Liew persoal tindakan bekas KM itu berselindung di sebalik peguam

SANDAKAN: Mantan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman perlu berani bersemuka dengan realiti, kata Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, Musa tidak sepatutnya berselindung di sebalik peguam dan memintanya untuk mengeluarkan kenyataan.

Jelasnya, ia bukan Musa yang dikenalinya kerana beliau sebelum ini tidak pernah lari daripada tanggungjawabnya.

LIEW (berdiri) ketika menyampaikan ucapan pada majlis berbuka puasa di Batu Sapi.
LIEW (berdiri) ketika menyampaikan ucapan pada majlis berbuka puasa di Batu Sapi.

"Beliau tidak boleh bersembunyi di mana-mana dengan mengeluarkan kenyataan yang beliau memerlukan rawatan kesihatan sedangkan sebelum pilihan raya, beliau tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.

"Saya percaya rakyat Sabah mempunyai hak untuk tahu di mana mantan ketua menteri ini," katanya pada majlis berbuka puasa di Batu Sapi di sini pada Ahad.

Liew juga memberitahu bahawa Warisan bukanlah parti komponen Pakatan Harapan (PH), seperti yang disalahertikan sebelum ini.

"Warisan adalah rakan strategik politik yang mana pada awalnya kami adalah pakatan pilihan raya bersama PH. Bagi tujuan itu, mereka tidak akan bertanding di kawasan yang kami bertanding.

"Faktanya, Warisan bukanlah parti komponen PH. Ini bermakna kita di Sabah mempunyai autonomi dalam membuat keputusan berkaitan negeri kita. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak perlu 'merujuk' ke Kuala Lumpur untuk membuat sebarang keputusan," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement