Anda di sini

Galas tugas dengan telus

Advertisement

SIPITANG: Pemimpin masyarakat digesa menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan mereka dengan telus bagi memastikan sebarang bantuan dan sumbangan dapat disampaikan kepada golongan sasar.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof  Yacob berkata, setiap pemimpin terutama di peringkat kampung hendaklah menyediakan data dan statistik penduduk bagi mengenal pasti status penduduk di kawasan mereka.

YUSOF menyampaikan sumbangan Ramadan daripada Paadian kepada anak yatim pada program Ziarah Ramadan Paadian di Masjid Jamek Pekan Mesapol Sipitang.
YUSOF menyampaikan sumbangan Ramadan daripada Paadian kepada anak yatim pada program Ziarah Ramadan Paadian di Masjid Jamek Pekan Mesapol Sipitang.

"Saya juga ingin mengingatkan agar semua pemimpin masyarakat supaya mengelakkan dari bersikap pilih kasih. Saya difahamkan masih ramai lagi mereka yang layak menerima sumbangan tidak tersenarai. Kita perlu utamakan mereka yang layak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Program Ziarah Ramadan anjuran Biro Agama dan Kebajikan Persatuan Kadayan Sabah (Paadian) di Masjid Jamek Pekan Mesapol.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Jufri Etok, Timbalan Presiden Hj Osman Ahmed, Pengerusi Masjid Jamek Abd Rahman Mohd Noh dan pengerusi penganjur Hamidi Salleh.

SEBAHAGIAN jemaah yang hadir sedang menunggu waktu berbuka puasa pada program Ziaran Ramadan Paadian.
SEBAHAGIAN jemaah yang hadir sedang menunggu waktu berbuka puasa pada program Ziaran Ramadan Paadian.

Pada majlis itu, Yusof yang juga Adun Sindumin dan presiden Paadian turut menyampaikan bantuan kepada 20 anak yatim sumbangan persatuan itu.

Daripada jumlah itu, enam penerima yang merupakan pesakit terlantar menerima sumbangan daripada Masjid Jamek Pekan Mesapol.

  • oleh
  • Advertisement